Monday 18 April 2011

Kisah Sepasang Selipar....

selipar yang cantik di mataku....



En Abang saya berkata, cantik!! Itu lah juga yang ada di hati saya. emm...memang kami selalu berpendapat sama walaupun tidak diluahkan dengan kata-kata. Heee.... Apatah tuan punya selipar.... mungkin dia rasa lebih mahal daripada selipar Tat Sing kot..hehehe. Sejak malam dapat selipar tu, dia asyik senyum sebelum menyarung dengan penuh bergaya. Muka dia agak kelat bila Cik Na tegur di suatu petang..." Kenapa pakai selipar sebelah lain" Aku selaku pembeli memberitahu, itulah sebabnya aku beli selipar ni!! Bak kata Hanis, inilah fesyen zaman sekarang. Dalam lembut tak padan berkata-kata......hehehe Dia tetap senyum bangga dengan selipar barunya.... Tapi petang sabtu lepas dia sangat2 marah. Kami ke masjid untuk solat marghrib. Masa ke tandas ada pengguna yang guna selipar peliknya untuk ke tandas.( macam selipar wakaf) Seorang budak kecil yang tak tau apa-apa lagi... Mukanya sangat idak puas hati.. Aku hanya berkata, " Budak tu pinjam, dapat pahala " Dia tetap tidak puas hati...walaupun sabar menanti... Akhirnya, budak itu keluar tandas dengan selipar barunya....mukanya sekelat jambu putik !!! Sebaik dia mendapatkan semula selipar barunya, terus disarung, keluarlah perkataan 2 ini..." kejap, nak basuh!!! uiii...marahnya... Pesan ibu, bersabarlah wahai anakku sebab kemarahan tu boleh tertanam hingga dewasamu.....

Sunday 17 April 2011

Banyaknya Silap Kita, Oh Tidakkkk.......!!!

 “Harta benda dan anak-anak kamu hanyalah menjadi ujian dan di sisi ALLAH ada pahala yang besar.” (Al-Quran Surah At-Taghabun, 64:15)
Anak-anak adalah amanah dari ALLAH s.w.t. dan ianya sebahagian dari ujian ALLAH s.w.t. kepada kita hamba-hamba- Nya. Sebagai ujian, ianya akan dipertanggungjawabkan.
Orang yang malang ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya tidak membawa kebaikan kepadanya di akhirat.
Rasulullah SAW diberitakan telah bersabda : “Tahukah engkau siapakah orang yang mandul?”
Berkata para sahabat : “Orang yang mandul ialah orang yang tidak mempunyai anak.”
Lalu Rasulullah SAW berkata : “Orang yang mandul itu ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya itu tidak memberi kemanfaatan kepadanya sesudah ia meninggal dunia.”-(Maksud Al-Hadith )
Ini mungkin disebabkan beberapa kesilapan dalam mendidik anak-anak.
1. Kurang berdoa
Kurang berdoa semasa mengandung. Antara doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah:
• Saidul (penghulu) Istighfar,
• Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3 : 8-9),
• Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3 : 38)
• Doa agar anak mengerjakan solat (Al-Quran Surah Ibrahim, 14 : 40-41)
Kurang berdoa semasa membesarkan anak. Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa anak membesar ialah:
• Doa agar anak patuh kepada ALLAH s.w.t. (Al-Quran Surah Al-Baqarah, 2 :128),
• Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (Al-Quran Surah Al-Furqan, 25 :74)
• Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya.
2. Banyak memberi belaian Tarhib (menakutkan) daripada Targhib (didikan atau motivasi) seperti:
• Menakutkan anak-anak dengan sekolah
• Menakutkan dengan tempat gelap
• Menakutkan dengan hutan rimba atau bukit bukau
• Menggunakan kekerasan dan paksaan semasa menyuruh anak tidur

3. Tidak tegas dalam mendidik anak-anak

Tidak menjadualkan kegiatan harian anak-anak dan terlalu memfokuskan anak-anak kepada sesuatu aktiviti sahaja tanpa mengambil kira perasaan mereka.
4. Menegur anak secara negatif
Mengeluarkan kata-kata kesat dan maki hamun kepada anak-anak (terutama semasa marah). Membandingkan anak-anak dengan anak-anak lain atau anak orang lain.
5. Memberi didikan yang tidak seimbang antara jasmani (physical), rohani (spiritual) dan minda (intelektual). Ramai yang lebih mementingkan pendidikan minda dari pendidikan rohani.
6. Kurang memberi sentuhan kepada semua anak-anak. Sedangkan Rasulullah kerap dilihat mendukung cucu-cucunya dan mencium mereka.
Diriwayatkan oleh Aisyah r.a. : Pada suatu hari Rasulullah SAW mencium Al-Hassan atau Al-Hussien bin Ali r.a. Ketika itu Aqra’ bin Habis At-Tamimiy sedang berada di rumah baginda.
Berkata Aqra’ : “Ya Rasulullah! Aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi aku belum pernah mencium seorang pun dari mereka.”
Rasulullah melihat kepada Aqra’ kemudian berkata : “Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi.”-(Maksud Al-Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)
7. Penampilan diri yang kurang anggun dan kurang kemas. Ibu bapa tidak menunjukkan cara berpakaian yang kemas dan yang menepati kehendak syarak bila berada di rumah, iaitu berpakaian secara selekeh atau berpakaian seksi di hadapan anak-anak.
8. Susunan rumahtangga yang tidak kemas. Ini mengakibatkan anak-anak terikut-ikut dengan cara itu dan membesar menjadi pemalas dan selekeh.
9. Kurang menghidupkan sunnah di rumah seperti memberi salam, makan bersama, solat berjemaah, beribadah bersama-sama, dan sebagainya. Dalam menjawab salam, lazimkanlah menjawab salam dengan yang lebih baik dari salam yang diberi.
10. Tidak menggantungkan rotan di tempat yang mudah dilihat oleh anak-anak. Dalam Islam, merotan anak dengan tujuan mendidik adalah satu sunnah.
11. Kurang mendedahkan anak-anak dengan model yang cemerlang seperti para ulama’ dan orang-orang yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia. Anak-anak juga patut didedahkan dengan sembahyang jemaah, kuliah agama dan aktiviti-aktiviti yang bersesuaian dengan akhlak Islam.
12. Bertengkar di depan anak-anak. Ini akan menyebabkan anak-anak rasa tertekan dan membenci salah seorang dari ibubapanya.
13. Membenarkan orang yang tidak elok sahsiahnya masuk ke dalam rumah kita, baik dari kalangan sahabat sendiri ataupun sahabat anak-anak, kerana ini akan memberikan contoh yang tidak baik kepada anak-anak yang masih membesar.
14. Kurang mengawasi rancangan-rancangan yang ditonton samada dari TV ataupun video. Pengawasan dalam hal ini adalah penting kerana kebanyakan rancangan dari media ini menonjolkan akhlak yang kurang baik seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, pakaian yang tidak menepati syarak dan perbualan yang boleh merosakkan agama anak-anak
p/s Maafkan ibu anak-anakku...Hakim, Hanis, Haziq dan Hasya.....Semuanya kerana Ibu Sayang Kamu...

Apa Perlu Kita Lakukan Semasa Anak2 Mahu Ke Sekolah ?

Kerap terjadi di kalangan ibu bapa yang gagal memberi didikan dan tumpuan terhadap anak-anak yang bersekolah, terutamanya ketika mereka pergi ke sekolah atau  pulang dari sekolah. Ibu bapa tidak meraikan anak-anak mereka ketika pergi dan pulang dari sekolah. Ini berpunca dari kesibukan mereka dalam menjalani tugas ataupun sememangnya mereka malas dan menganggap kerja-kerja seperti ini satu perkara yang kecil dan remeh.
Ibu bapa seharusnya menyedari kecuaian mereka meraikan anak-anak semasa pergi dan pulang dari sekolah. Sekiranya anak-anak dibiarkan pergi dan pulang tanpa ditanya dan diraikan, mereka akan berasa kurang ceria, kurang berminat dan adakalanya anak-anak boleh membohongi ibu bapa dengan mudah, bahkan kadang-kadang ibu bapa tidak tahu apa yang anak-anak mereka lakukan. Bagi anak-anak pra sekolah, lebih-lebih lagi yang baru masuk sekolah atau setahun bersekolah, tentulah anak-anak ini masih ada lagi perasaan takut untuk bersekolah. Ketika proses awal persekolahan inilah ibu bapa perlu mengambil perhatian terhadap anak-anak mereka.
Ibu bapa perlu memainkan peranan dengan melapangkan sedikit masa untuk meraikan pemergian dan kepulangan mereka dari sekolah. Perkara-perkara berikut mungkin boleh dijadikan amalan harian :
  • Mengejutkan mereka dari tidur dengan penuh kasih sayang
     
  • Menahan sabar terhadap sebarang kerenah mereka pada waktu pagi sebelum pergi ke sekolah.
     
  • Cuba untuk bersama-sama bersarapan pagi dengan mereka sambil menanyakan kemajuan persekolahan mereka.
     
  • Sama-sama bergerak ke muka pintu untuk melepaskan mereka pergi sambil bersalam-salaman dan berdakap-dakapan. Suasana berkasih sayang seperti ini amat penting terutama bagi mencairkan kerenah-kerenah negatif yang biasanya ditunjukkan pada waktu pagi. Kalau ada peluang cuba hantar sendiri anak-anak ke sekolah. Dalam perjalanan yang singkat itu banyak bentuk komunikasi yang dapat dilakukan. Banyak proses faham-memahami dapat diusahakan. Jadikan rutin seperti ini sesuatu yang menyeronokkan.
     
  • Raikan kepulangan mereka. Tanyakan apa yang berlaku di sekolah. Sajikan makanan mereka. Kalau berkelapangan, hadirkan diri sebentar untuk sama-sama menjamah makanan dengan mereka.
     
  • Sering ingatkan mereka tanggung jawab menyembah Allah S.W.T sebelum mereka melakukan perkara-perkara lain 

Wednesday 13 April 2011

Ibu dan Facebook...

sila ke FB aku...di sini

Aku.....

Maklumat Aku

Nama         :  Ruzita Samad
Jantina        : Wanita
T/Lahir       : 8 Jun 1971
Ibu bapa    : Samad Amat
                 : Tuminah Kasan
Status        : Berkahwin dengan Nor halim B Marmin
anak          : Nor Luqmanul Hakim
                   Siti Nor Hanis
                   Muhammad Nor haziq
                   Siti Nor hasya

Tuesday 12 April 2011

Air Tangan Ibu.....

DONUT

500g tepung roti
100g gula
11g instant yeast
4 biji kuning telur - yg tulin bukan tiruan ye!!
200 ml air

100g magerine / butter - ita guna butter
1 sudu kecil garam

Untuk Hiasan
200g Chocolat masakan - cairkan
100g kepingan Almond  - ita letak chocolat masakan putih dan coklat

Ayak tepung2 kedalam sebuah mangkuk dan campurkan yis,gaul rata dan masukkan gula,garam,kuning telur dan tambahkan air sambil dikacau rata.
Masukkan pula garam dan butter dan kacau sebati.
Kemudian uli doh hingga tidak melekat pada mangkuk.
Rehatkan doh 20-30 min hingga kembang.
Kempiskan doh,canai dan terap seperti donat biasa atau bulat2kan saja anggaran setiap satu 40 gm
Rehat doh semula 20 minit.
Panaskan minyak dan goreng hingga kekuningan.Angkat dan toskan.Biar sejuk.
Salutkan donat  dengan gula atau choc cair ikut selera

RAPUH.....Itukah kita??

Sekadar untuk renungan bersama